top of page

05 Mei 2020

​

PERUTUSAN DARIPADA JAWATANKUASA PENGURUSAN KELAB GOLF KINTA


Kelab Golf Kinta akan memulakan operasi dalam tempoh Perintah Kawaln Pergrakan Bersyarat (PKPB) bermula pada hari Khamis, 7hb. Mei 2020. Pembukaan ini adalah berdasarkan pematuhan kepada semua prosedur (SOP) yg berkaitan.

Kel

Kelab mensyaratkan pengunaan buggy berasaskan konsep 1 buggy 1 pemain, dengan harga diskaun buggy 25% + SST. Berkongsi buggy samada dengan pemain dari 'flight' yang sama atau dengan pemain berjalan kaki adalah tidak dibenarkan.

Jumlah maksimum pemain dalam satu 'flight' ialah 4 pemain, tidak dibenarkan 'jumbo'. Pemain yang berjalan kaki dan juga bermain dengan 2 pemain dibenarkan, tertakluk kepada peraturan yang sedia ade atau seperti yang ditetapkan oleh Kapten Golf.

Pendaftaran pemain hendaklah dibuat terlebih awal dengan menghubungi Kelab di talian 05-3652827/3667270 atau melalui borang pendaftaran online yang disediakan. Jumlah pemain yang dibenarkan dalam sehari adalah terhad. Sila pastikan anda mendaftar terlebih dahulu untuk memastikan anda boleh bermain. Bayaran hendaklah dibuat melalui pindahan online atau kad kredit sahaja. Bayaran tunai di kaunter tidak akan diterima.

Ahli hendaklah memastikan akaun tiada tunggakan yuran bulanan. Sila segerakan bayaran tunggakan dengan menghubungi Kelab di talian yang dinyatakan. Bayaran hendaklah dibuat melalui pindahan online atau kad kredit.

 

Semua pemain dimestikan mematuhi SOP dah garispanduan keselamatan & kesihatan seperti yg disyorkan oleh pihak berkuasa. Sila rujuk kepada garispanduan lengkap yang telah disediakan oleh Kelab. Tindakan akan diambil terhadap mana-mana pemain yang didapati tidak mematuhi SOP yang ditetapkan.


Terima kasih
Jawatankuasa Pengurusan

(5 Mei 2020)

bottom of page